Copyright

(c)open since 2010

Monday, August 29, 2011

SOLAT SUNAT HARI RAYA


Solat Sunat Hari Raya

Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

HUKUM MENGERJAKAN

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

KAIFIAT

Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita haruslah membaca tasbih berikut :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.

Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.

Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

NIAT SOLAT HARI RAYA

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.


LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .



Sumber: e-mosque



Monday, August 22, 2011

Pilihan aku: Video YOUTUBE yang Kreatif and Gila-gila

Assalam dan haloooooo smua.. asal kita menonton video youtube ada saja benda yang menarik dalam tuh. Ada yang betul2 kreatif dan ada yang gila2.. so, sebagai pengunjung Youtube yang setia, ada beberapa video kat youtube tu yang bro suka tgk sbb 'klik' dgn otak...hahahaha maksud dia video tu semamngnya fun, kreatif and Gila2.. so, meh tgk bbrp snapshot video yang Bro suka and ada link kepada video tu kalau korang mau tgk..jom layannnnnnnnnnnn



Apa perasaan kamu bila Gisele Bundchen: Model Dunia terkenal, pelakon, Duta PBB bagi program Alam Sekitar berjalan masuk ke dalam lapangan terbang, kemudian tiba2 duduk di sofa di tengah2 laluan dalam bangunan lapangan terbang tu? kemudian ada pla remote di tangan dia. dia tekan.. tiba2 sekumpulan pemain American football main bola depan dia, lepas abis game dia tekan lagi remote, Berita untuk Laporan cuaca..siap dengan angin kuat macam ribut taufan dalam lapangan terbang tu. Next, dia tekan lagi remote control dia, kali ni askar2 berperang dalam lapangan terbang tu..macam tgk movie.. hahaha pastu??? tgk la sendiri baru best!! Orang2 awam dalam lapangan terbang tu langsung tdk tau apa yg sebenarnya terjadi.. actually ni adalah rancangan iklan diaorg tgh wat shooting..tapi apa2 pn memang best n syok tgk ni video. 5 BINTANG!

video yang ni pla... keadaan di Train station macam biasalah, setiap org bergerak untuk ke tempat masing-masing, buat hal sendiri dan sibuk. APA KAH YANG TERJADI jika tiba2 lagu DO RE MI (lagu dalam filem SOUND OF MUSIC) berkumandang dalam train station nih? dan tiba2 ada seorang lelaki menari di tengah2. Gila ka apa?hahaha..tengok dulu baru tau.. memang best! 5 BINTANG!!


yang ni lagi gila..sekumpulan orang yang dikenali sebagai IMPROV EVERYWHERE yang terkenal dengan motto "WE CAUSE SCENE" telah merangka satu misi GILA iaitu menjadikan tempat permainan budak: Carousel (ala...permainan tempat duduk kuda budak2 selalu main pastu benda tu pusing2) haha kepada tempat perlumbaan kuda!! haha yang lawaknya, ada pengulas perlumbaan kuda and ada sesi bgi hadiah lagi.. habis meriah satu taman tu dioarg buat.. hahaha layannnn 4 BINTANG!


Peminat Star Wars mesti tgk.. kumpulan yang sama macam di atas IMPROV EVERYWHERE buat satu lagi MISI, kali ni diaorang mo buat satu scene dr filem Star Wars di kereta api bawah tanah. Bayangkan karakter-karakter dari filem Star Wars tu berlakon di sana..hahaha Penumpang2 Kereta api tu apa lagi..siap ambil video and gambar..layannnnnn 4 BINATANG!

My Favourite.. Di lapangan terbang. Apa perasaan kamu jika turun ja dari kapal terbang untuk jumpa orang yang tersayang.. dan... disambut dgn nyanyian??? Ok mula2 satu orang menyanyi..pastu datang lagi..datang lagi.. hampir satu lapangan terbang meriah dengan nyanyian menyambut kepulangan orang-orang yang baru balik. MESTI TENGOK!! 5 BINTANG!!

Sebenarnya ada banyak lagi video tapi di lain masa dan hari baru kita kongsi2 ar.. So my soalan.. apa video2 youtube yang lawak, kreatif dan gila-gila yang pernah kamu semua tengok?? KOMEN dan SHARE dgn BRO..hehehe

Roger n OUT


Sunday, August 21, 2011

Channel 701 : AXN : THE VOICE U.S

tadi Bro tgk di channel 701 AXN, rancangan realiti terbaru THE VOICE.. Perghh memang best gila.. Rancangan ni diambil berdasarkan rancangan realiti negara lain iaitu "The Voice of Holland".

Konsep pemilihan peserta realiti show ni unik sbb Hakim tidak akan lihat rupa paras peserta but kerusi diaorg akan membelakangkan peserta dan akan dengar dlu suara, kalau diaorg berminat, dioarg akan tekan butang merah and kerusi yang dioarg duduk tu akan berpusing menghadap peserta.


Ada 4 orang hakim atau COACHES (jurulatih). Setiap 4 orang jurulatih akan bina satu team dimana setiap team diaorg tu akan mengandungi 8 orang. pastu dioarg akan berentap sesama sendiri :). jadi sapa Coach/jurulatih The Voice U.S?? ScroLL bawah....

Adam Levine
(Maroon 5).. he's Rock!

Blake Shelton
(penyanyi Country)... man, i personally like this man. CooL :)

Cee Lo Green
(Rapper)
Yo..Y..Yo..he's Good!

Christina Aguilera
(R&B Diva)
well.. hot!!she's is SUPERSTAR!

part paling lucu bila Coaches berebut utk dapatkan penyanyi yang dioarg mau. Peserta sendiri akan pilih diaorg nak masuk team sapa. Hehe.. COOL. tapi kalau tgk di website dia rancangan ni da abis dan pemenang utk Season 1 pn da tau. Cuma kita di Asia baru nak tgk pemilihan dia. hahaha lawak eh.. apa2 pn x rugi tgk..

Roger n Out

Sumber gambar dan Info:

Aku pun pandai masak: Edisi Onion ring

hahaha.. sapa bilang bro nda pandai masak??
main buang ja bahan-bahan dalam periuk yg panas tu kira masak la.. tak kisahlah kalo jadi atau tidak hehehe...Well, sebelum kita bincang pasal Onion ring ni Bro nk cerita la yg ada satu habit bro kalau stay d rumah, Channel yg bro pertama sekali akan buka n tengok adalah:
"CHANNEL MEMASAK".

haha, haha bukan channel movie, anime ataupun sukan tapi MEMASAK!! I don't know why, but satu benda yg Bro suka tgkdioarg memasak. Tak kisahlah MASTERCHEF ka, HELL's KITCHEN ka, Kylie Kwong cooking ka, Jamie oliver ka,...Bro akan tgk.. Percaya atau tidak?? hahaha but realitinya me don't know how to cook. (kalo maggi, masak air, goreng telur tu Expert laaa). Me minta tgk dioarg memasak ja :)

Well.. at least ni la satu benda yang Bro pandai masak----> Onion Ring (daripada langsung tak cuba n tak pandai masak??).. Ok Ladies and Gentlemen, start your engine:

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji bawang besar
  • 7 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 125 ml susu segar
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara memasak:
1. Kupas bawang besar n potong/leraikan dia kpd bentuk gegelang
2. campur ja semua bahan2 kering dlm mangkuk tuh (senang kan?hahaha) pastu gaul rata.
3.masukkan telur and susu dalam mangkuk berisi bahan2 kering yg korang da gaul tadi kan..
4. pastu kacau adunan sampai sebati...pastikan jangan terlalu cair ar beb
5.kasi panas minyak... celup bawang dalam adunan n goreng sampai kuning keemasan.
6. angkat and tos.
7. tunggu apa lagi..bedal laaaaaaaaaaa hahaha

p/s: Sonang kan? kalo bro pn ble buat apa la lagi yg expert2 mcm korang..
so, layannnnnnnn



Queen - 'Don't Stop Me Now'



RENOVATION

well skrg rumah bro sdg diubahsuai smpena raya ni.. ala, bukanlah renovation sepenuhnya mcm tambah ruang ka apa, just cat baru, tukar siling n something2. hehe, But renovation sekali sekala apa salahnya jika ada kesempatan. Nanti bro letak gambar kalo da siap..harap2 siap sebelum raya ni.. Dah tak lama lagi raya kan.. sama2 la kita berdoa :)

p/s: mmg da bersawang da blog ni, apa tidak.. jarang da masuk. hahahahaha