Copyright

(c)open since 2010

Monday, August 22, 2011

Pilihan aku: Video YOUTUBE yang Kreatif and Gila-gila

Assalam dan haloooooo smua.. asal kita menonton video youtube ada saja benda yang menarik dalam tuh. Ada yang betul2 kreatif dan ada yang gila2.. so, sebagai pengunjung Youtube yang setia, ada beberapa video kat youtube tu yang bro suka tgk sbb 'klik' dgn otak...hahahaha maksud dia video tu semamngnya fun, kreatif and Gila2.. so, meh tgk bbrp snapshot video yang Bro suka and ada link kepada video tu kalau korang mau tgk..jom layannnnnnnnnnnn



Apa perasaan kamu bila Gisele Bundchen: Model Dunia terkenal, pelakon, Duta PBB bagi program Alam Sekitar berjalan masuk ke dalam lapangan terbang, kemudian tiba2 duduk di sofa di tengah2 laluan dalam bangunan lapangan terbang tu? kemudian ada pla remote di tangan dia. dia tekan.. tiba2 sekumpulan pemain American football main bola depan dia, lepas abis game dia tekan lagi remote, Berita untuk Laporan cuaca..siap dengan angin kuat macam ribut taufan dalam lapangan terbang tu. Next, dia tekan lagi remote control dia, kali ni askar2 berperang dalam lapangan terbang tu..macam tgk movie.. hahaha pastu??? tgk la sendiri baru best!! Orang2 awam dalam lapangan terbang tu langsung tdk tau apa yg sebenarnya terjadi.. actually ni adalah rancangan iklan diaorg tgh wat shooting..tapi apa2 pn memang best n syok tgk ni video. 5 BINTANG!

video yang ni pla... keadaan di Train station macam biasalah, setiap org bergerak untuk ke tempat masing-masing, buat hal sendiri dan sibuk. APA KAH YANG TERJADI jika tiba2 lagu DO RE MI (lagu dalam filem SOUND OF MUSIC) berkumandang dalam train station nih? dan tiba2 ada seorang lelaki menari di tengah2. Gila ka apa?hahaha..tengok dulu baru tau.. memang best! 5 BINTANG!!


yang ni lagi gila..sekumpulan orang yang dikenali sebagai IMPROV EVERYWHERE yang terkenal dengan motto "WE CAUSE SCENE" telah merangka satu misi GILA iaitu menjadikan tempat permainan budak: Carousel (ala...permainan tempat duduk kuda budak2 selalu main pastu benda tu pusing2) haha kepada tempat perlumbaan kuda!! haha yang lawaknya, ada pengulas perlumbaan kuda and ada sesi bgi hadiah lagi.. habis meriah satu taman tu dioarg buat.. hahaha layannnn 4 BINTANG!


Peminat Star Wars mesti tgk.. kumpulan yang sama macam di atas IMPROV EVERYWHERE buat satu lagi MISI, kali ni diaorang mo buat satu scene dr filem Star Wars di kereta api bawah tanah. Bayangkan karakter-karakter dari filem Star Wars tu berlakon di sana..hahaha Penumpang2 Kereta api tu apa lagi..siap ambil video and gambar..layannnnnn 4 BINATANG!

My Favourite.. Di lapangan terbang. Apa perasaan kamu jika turun ja dari kapal terbang untuk jumpa orang yang tersayang.. dan... disambut dgn nyanyian??? Ok mula2 satu orang menyanyi..pastu datang lagi..datang lagi.. hampir satu lapangan terbang meriah dengan nyanyian menyambut kepulangan orang-orang yang baru balik. MESTI TENGOK!! 5 BINTANG!!

Sebenarnya ada banyak lagi video tapi di lain masa dan hari baru kita kongsi2 ar.. So my soalan.. apa video2 youtube yang lawak, kreatif dan gila-gila yang pernah kamu semua tengok?? KOMEN dan SHARE dgn BRO..hehehe

Roger n OUT


No comments: