Copyright

(c)open since 2010

Sunday, November 27, 2011

29/11/2011 :: Penantian::

Hahaha tak sabar menanti tanggal 29/11.. hari kebesaran bro.. Konvo!! haha bro belum konvo lagi, tapi gmbr atas tu time bro and the geng tgh ambl gmbr ramai2 sblum hari kejadian..hahaha

26/11 merupakan hari pertama bagi Konvokesyen UMS kali ke 13... kelmarin da sidang pertama dan kedua, harini start sidang ketiga dan keempat.

Bro punya konvokesyen pla sidang kelima, maknanya hari ke 3 konvokesyen. especially bgs budak2 sekolah pendidikan dan pembangunan sosial. Beberapa hari ni bro jarang online sebab seminggu sebelum ni bro balik ke UMS utk menguruskan yuran2 bagi membolehkankan bro untuk konvo hahaha

jadi Bro akan berkonvo pada 29hb ni ( 28hb kan cuti jadi konvo pn cuti n disambung pada 29hb).. jam 8 pagi.. nerves pn ada jg tapi mmg2 sangat2 gembira sbb nnt satu family bro datang sama2 dgn bro p konvo tu nanti..

yepp, 4 tahun belajar n this is the moment, finally...
after this da bekerja da (insyaallah),
doakan kejayaan Bro selepas ini yepp??

roger n out


Tuesday, November 15, 2011

SUKAN SEA 2011: Dimanakah Semangat Kesukanan dan Erti persahabatan serantau?


Agak geram apabila melihat di kaca Televisyen sempena sukan sea 2011 kat negara jiran, tiap kali nama atlet atau nama negara kita diperkenalkan, akan kedengaran la laungan yg agak kurang sedap di telinga Bro.

Tidak dinafikan mempunyai status negara penganjur mempunyai kelebihan kepada mereka kerana mempunyai sokongan rakyat tempatan , tapi dimanakah hilangnya erti semangat kesukanan dan persahabatan serantau jika para atlet negara dan jg negara2 lain di 'Boo' oleh rakyat negara berkenaan.

Adakah sikap mereka disebabkan oleh wujudnya perasaan gentar dengan para atlet negara atau masih wujud lagi sentimen anti-Malaysia berikutan dengan sejarah di antara kedua negara dahulu??

Harap2 semangat kesukanan dan persahabatan serantau masih wujud dan boleh dikukuhkan melalui penganjuran Sukan Sea ni. Diharap jg rakyat negara penganjur lebih bersikap terbuka dan profesional. Tidak salah mempunyai semangat juang dan cinta akan negara sendiri, tetapi pada masa yang sama hormat menghormati dalam negara anggota (ASEAN). cewahhh ..


Selingan: # Cerita Semasa Sukan Asia kali 16 dahulu #
(Scroll bawah)

"Peserta acara gusti dari China,Gao Feng memberi bantuan ikhlas kepada pesaingnya S. Ahmadi dari negara Iran yang tercedera di bahagian kaki semasa berlangsungnya pertandingan merebut pingat gangsa dalam acara 'freestyle wrestling' lelaki 60kg kejohanan Sukan Asia ke-16 di Guangzhou. Atas dasar semangat kesukanan dan erti persahabatan secara spontan Gao Feng mengangkat S. Ahmadi dari gelanggang pertandingan ke tempat letaknya stretcher untuk dibawa ke pusat rawatan. Tindakan Gao Feng mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Gao memenangi pertandingan tersebut."

(Petikan diambil 100 % daripada lawan web Orang muo (sila klik utk meninjau))
(Sumber Imej Logo sukan Sea: Google Images )

Roger n out :)


Monday, November 14, 2011

Bunga rumah sapa ntah

Ntah gmbr bunga rumah sapa ni Bro snap..tiba2 ja ada dlm gallery handphone..
upload ja la :)

(Kredit to: pemilik bunga rumah ntah sapa :P )


Sunday, November 13, 2011

Saturday, November 12, 2011

My cousin's wedding

Yupp..tadi petang my cousin kawin, dia ni kerja doktor kat KK tu, so me n my mother pi majlis kawin sebelah pengantin perempuan (bro bhgn sblh pengantin lelaki).. so makan punya pasal, tak sempat bergambar dgn dia, so bergambar dgn kereta tuan dia pun bole la kan.. kira bergambar dgn Tuan dia jgk..sori cuz.. hahahahaha.. yepp.. ni la kereta dia pakai utk pi majlis kawin tu.. cool right?

Rubic cube

Malas Bro main benda alah ni.... dr dlu xdpt set semua colour sama..pandai buat 1 colour sama ja.. hahaha jadi apa jalan penyelesaiannya??

YOUTUBE!! byk tutorial diaorg upload cmna mau selesaikan rubic cube ni...so..kalau la (kalau tu masih dalam jangkaan.. 100 thn? mungkin hahaha) dapat, bro update la ya

Roger n Out!

Friday, November 11, 2011

Siapakah Troll Face?


Siapakah c muka Troll ni? Jika kita rajin melayari Facebook, Tumblr dan lain2, sudah pasti kita akan nampak muka ni. haha sekali tgk ok, dua kali tgk bikin panas kalau orang sabah bilang. hahaha. jadi siapakah c muka Troll ni???

sebenarnya fenomena Troll Face ni mula menjadi trend popular pada tahun 2008. Lakaran muka yang bewarna hitam dan putih (seperti gmbr di atas) dan mempunyai senyuman sinis yang bertujuan membuatkan seseorang itu marah atau frust dengan kita (betula..tgk muka troll tu pn kita da panas..hihi)

jika ada orang post gambar Troll Face ini dalam sst forum atau email, ia juga mungkin sebagai tanda bahawa dia sedang di tipu atau sengaja menimbulkan kemarahan orang lain.

(Troll face amat popular di rangkaian TUMBLR)

Dikatakan bahawa imej Troll face ni direka oleh pengguna Devianart bernama Whynne (klik nama beliau utk ke laman web dia) pada 19 september 2008 yang pada awalnya berbentuk begini :
(gambar awal troll face yang mana Whynne mengatakan salah satu percubaan beliau untuk mereka satu watak komik yang dinamakan Rape Rodent)

Sedikit info, seorang lelaki di bernama Carloz Ramirez yang mendakwa beliau adalah 'Whynne', nama penanya kat Devianart telah menuntut Hak cipta terhadap troll face ni setelah trend troll face mula menular kat TUMBLR, Memebase dan Facebook dimana telah mencecah 60,000 lebih fan page like pada saat terakhir iannya dilihat pada 11/11/2011 . Sila Klik Troll Face Fan page.

So next time nampak muka Troll face ni tau la apa maksudnya kan?

(Sumber gambar: Google image, Whynne )




Friday Music #1

Skylar Grey -- Love The Way You Lie (Original Demo)



Thursday, November 10, 2011

Pendang, Kedah

Kampung mak Bro..aritu sempat pulang dan stay dalam sebulan sebelum balik ke Sabah :)
nice view huh?
Roger n Out

PAK CIK tu adalah hantu!!!



Wahahaha.. betul ka pacik tu hantu? da tengok? tengok dlu..hehe
Sebenarnya tu tajuk hasil kerja kumpulan Bro dan kawan2 semasa mengikuti Kuliah Komputer dan Multimedia dalam pendidikan di UMS (Universiti Malaysia Sabah) dulu.

Begini, pensyarah Bro nama dia Dr.Tan, minta kitaorg cari beberapa set gambar di internet (pelbagai) kemudian susun gambar yg dirasakan sesuai menjadi satu bentuk cerita. Kemudian gambar2 yang disusun tu dimasukkan sound effect, suara dan lagu supaya lengkap.

So, Bro dan kawan2 bro: Stearly, Yunus, Adika , dan Emma (satu2 ja dia pompuan) berbincang la nak buat apa. so kitaorg bincang storyboard dulu. so kitaorg pilih tema: HANTU/Seram.

jadi proses membuat movie tu bermula dgn:
1. cari jalan cerita di Internet.
2. cari gambar2 yang sesuai dgn jalan cerita.
3. merakam suara (ni paling lawak)
4. proses menyusun dan membuat movie gmbr menggunakan perisian Ulead VideoStudio
5. edit (dalam masa bbrp hari)
6. Siap dan kitaorg bentang

yang lawaknya masa merakam suara tu..hehehe ada bbrp kali 'CUT' and rakam suara balik.. ada ja problem tp Fun la buat ni kerja..Memang berbaloi ikut kursus ni, byk perkara Bro and the geng bole belajar untuk diterapkan semasa mengajar/bekerja nanti. :)

Roger n Out!


Konvokesyen UMS 2011 : Hari Bertuah!!

Hehehe, tak lama lagi Bro akan menghadiri Majlis Konvokesyen Bro iaitu pada 29 November 2011, Sidang Pagi.... Tak sabar2 mau konvo, apa tidak, hampir 4 tahun belajar di UMS dan sekarang adalah penutupnya..

Tak sabar da nak jumpa kawan2 lain sbb semua akan berkampung kat UMS start bulan ni. Ada yg datang awal..ada yg datang kemudian bersama keluarga masing2. Tak sabar nak jalan2 dgn kawan, lawat Tamu Gadang dan tgk la mungkin Bro akan pi 2 atau 3 hari lebih awal.

Iya la..bukan ingat mo enjoy ja, ada urusan yg perlu diselesaikan.
ambik Jubah Konvo, urus pembayaran (kalau bermasalah tak ble konvo..tidakkkkkkk), jumpa pensyarah2, jupa junior2.. hehehe lagi satu mgkn lps ambil jubah tu da ble ambik gambar awal2 around UMS hahahahaha

oh ya, 25hb nov ni ada raptai utk konvo so bro kena datang la p UMS...

pas konvo..tinggal tunggu rezeki utk bekerja pla..
harap2 segala urusan dan perjalanan selepas ni permudahkan oleh-NYA.
amin.
Roger n OUt!

Wednesday, November 9, 2011

Mana da hilang mood menulis nih?

sejak akhir2 ni Bro just pi merantau ke blog orang lain utk baca apa2 yg diaorg update.. tapi tgk blog sendiri x terupdate2..hehe mcm gmbr d atas, Just not feelin' it.. xda mood utk menulis.. tapi kalau rajin..sampai 2 @ 3 post bro tulis hahahaha... xpa...support kwn2 blogger yg lain.. merantau tgk apa dioarg update..

manatau dpt idea kan?wokeh..roger n out!