Copyright

(c)open since 2010

Tuesday, November 15, 2011

SUKAN SEA 2011: Dimanakah Semangat Kesukanan dan Erti persahabatan serantau?


Agak geram apabila melihat di kaca Televisyen sempena sukan sea 2011 kat negara jiran, tiap kali nama atlet atau nama negara kita diperkenalkan, akan kedengaran la laungan yg agak kurang sedap di telinga Bro.

Tidak dinafikan mempunyai status negara penganjur mempunyai kelebihan kepada mereka kerana mempunyai sokongan rakyat tempatan , tapi dimanakah hilangnya erti semangat kesukanan dan persahabatan serantau jika para atlet negara dan jg negara2 lain di 'Boo' oleh rakyat negara berkenaan.

Adakah sikap mereka disebabkan oleh wujudnya perasaan gentar dengan para atlet negara atau masih wujud lagi sentimen anti-Malaysia berikutan dengan sejarah di antara kedua negara dahulu??

Harap2 semangat kesukanan dan persahabatan serantau masih wujud dan boleh dikukuhkan melalui penganjuran Sukan Sea ni. Diharap jg rakyat negara penganjur lebih bersikap terbuka dan profesional. Tidak salah mempunyai semangat juang dan cinta akan negara sendiri, tetapi pada masa yang sama hormat menghormati dalam negara anggota (ASEAN). cewahhh ..


Selingan: # Cerita Semasa Sukan Asia kali 16 dahulu #
(Scroll bawah)

"Peserta acara gusti dari China,Gao Feng memberi bantuan ikhlas kepada pesaingnya S. Ahmadi dari negara Iran yang tercedera di bahagian kaki semasa berlangsungnya pertandingan merebut pingat gangsa dalam acara 'freestyle wrestling' lelaki 60kg kejohanan Sukan Asia ke-16 di Guangzhou. Atas dasar semangat kesukanan dan erti persahabatan secara spontan Gao Feng mengangkat S. Ahmadi dari gelanggang pertandingan ke tempat letaknya stretcher untuk dibawa ke pusat rawatan. Tindakan Gao Feng mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Gao memenangi pertandingan tersebut."

(Petikan diambil 100 % daripada lawan web Orang muo (sila klik utk meninjau))
(Sumber Imej Logo sukan Sea: Google Images )

Roger n out :)


2 comments:

Missoyaa said...

Terharu pla baca entri ni pasal peninju yg angkat pesaing dy tu...syabas!!

Mr. Rocco said...

kan.. tula namanya semangat kesukanan dan persahabatan dlm sukan hehhee