Copyright

(c)open since 2010

Sunday, December 25, 2011

Coca-Cola Happiness Machine

Video ni merupakan video promosi Coca-cola yang diambil daripada Youtube. Secara ringkas sebelum korang tengok video nih. Sebuah Coca cola vending machine diletakkan dalam cafe sebuah Universiti, jadi setiap kali student masukkan duit nak beli coca-cola, mesti ada sesuatu yang akan terjadi yang menyebabkan diaorg ketawa/senyum/terkejut. apa bendanya tu? Layan Video kat bawah beb.. hehe tak rugi punya..



p/s: best kalau mesin di diletakkan di sekolah/Universiti/Pejabat. Lepas tu dirakam aksi dioarg..hehehe mesti hebat tu.
Roger n Out

Carved book landscape

( Sumber imej: Guy Laramee

Kalau dah namanya orang seni, apa saja dioarg bole buat. bayangkan timbunan buku ni di buat sehingga menjadi satu seni yang menakjubkan.. hebat, siap bole letak efek pencahayaan seperti kita rasa kita berada di dalam gua.. Tabik bro..

check laman web dia..ada banyak lagi projek camni yang dia telah usahakan. mmg tabik spring laa dgn orang nih :)

Evolution of A photographer :)

( Source: Nithin Prabhakar )

p/s: hahaha.. betul ka ni? anyone?

Powerful Women


Gambar di atas menunjukkan Licia Ronzulli, MEP (member of the European Parliament) dari Itali membawa anak perempuannya yang berusia 7 minggu, Victoria ke tempat kerjanya di Parlimen Eropah, Strasbourg. Beliau bekerja sambil menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang, dan sering kali dilihat mencium dahi anaknya. Gambar di atas menunjukkan Ronzulli meletakkan anaknya di dalam 'sling' yang diikat rapat dengannya sambil mengangkat tangan sebagai tanda menyokong undi untuk cadangan meningkatkan hak pekerjaan wanita melalui sidang video.

p/s: Bro respect kepada Beliau.
Roger n Out.

Friday, December 23, 2011

Bumi mempunyai 2 Bulan?



Wow, Penyelidik mengatakan bahawa Bulan bukan satu-satunya objek yang mengorbit bumi pada masa-masa tertentu. Terdapat objek kecil yang mendiami orbit bumi, yang mana 'menumpang' orbit bumi sebelum menyambung perjalanan mereka ke tempat lain di angkasa.

Apa benda tu? Saintis mengelar objek kecil ini sebagai 'bulan sementara'  Bulan sementara seakan asteroid ini mempunyai saiz yang kecil menyukarkan utk menghantar kapal angkasa mendarat di permukaannya. oleh yang demikian, bulan sementara ini hanya mampu ditinjau melalui Stesen di bumi.


P/S: agak gerun bila memikirkankemungkinan "bulan sementara" ini terperangkap dalam tarikan graviti bumi dan jatuh ke bumi?
(sumber : Yahoo News)

Roger n out

Tweety bird: Jantan ka Betina?

(Sumber imej: Tweety world
Assalam and Haloooooo semua..hehe pernah tak korang tgk kartun tweety bird ni time korang masih kecik? Macammana kelincahan dia mengenakan musuh tradisi dia c kucing yg bernama Sylvester tu? hahaha dulu time kecik-kecik Bro 100% ingat yang c tweety bird ni betina. Rupa-rupanya c Tweety Bird ni Burung Jantan.

JANTAN? hahahaha sebab kalau tgk kan dia ni kecik, bulu mata lentik, suara pn ala-ala kecik jadi bro dulu time kecil anggap dia ni betina hahaha. laa.. tak tau pula yang c tweety bird ni jantan. Sampai ada sesetangah golongan di internet ni yang bergaduh mau tentukan jantina c tweety bird ni. Begini, jantina c tweety bird ni ditentukan oleh Warner Bros.

Warner Bros mengatakan bahawa jantina tweety bird ni JANTAN. Nama asal c tweety Bird ni pn kalau korang nak tau : Orson, bukan Osbon maharaja lawak mega tu haha, tapi ORSON. nama pun da macam nama lelaki da nih. kalau nama asal tu digunakan mesti perbalahan mengenai jantina c tweety bird ni tak  berlaku. Tapi malangnya, penggunaan nama ORSON ni digugurkan. Begitulah Al-Kisahnya

p/s: laa..apala aku buat post ni..memang xda bahan cerita da aku nih...hahahaa layannnnnnnnnn

Roger n out

Thursday, December 22, 2011

Lagu Pilihan :Dari Telinga sampai ke Tulang - Spider


                                 ( Sumber: Youtube)

Pengorbanan
Bukan nak buat
Mencari megah nama
Hanya kau dambakan
Kesungguhanmu membela nasibnya
Walau x berjaya

Perjuangan mula
Dari jiwa
biar terancam nyawa
terang yang berkelip
sekalipun sekelumit gentar
x kan kau rasakan
x kau rasakan...

c/o
Makin hebat makinlah terpanggil
Makinlah membara sampai telinga
Makin rumit makinlah terangsang
Makinlah terlihat sampai ke tulang
putih mu,
suntik mu,
ayat mu,
kudrat mu..

perjuangan
mestinya jangan dipandang sia-sia
biar diri
siapakah engkau jadi teka-teki
x memberi erti
kesal secebis

repeat c/o

makin hebat makin terpanggil
membara sampai telinga
makin rumit makin terangsang
terlihat sampai ke tulang

ini perjalanan aku
buat sementara
mengejar mimpi

repeat c/o

putih mu,
suntik mu,
ayat mu,
kudrat mu..

Sumber Lirik: Mesra.net

Wednesday, December 21, 2011

Muat Turun Slideshow PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) 2011


Assalam dan halooo semua,
Di antara topik yang hangat dibincangkan dalam dunia pendidikan sekarang adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh yang demikian , bagi sesiapa yang berada dalam Dunia pendidikan sudah tentu kita WAJIB mengetahui serba sedikit mengenai PBS ni. Kat bawah ni merupakan link untuk muat turun Slideshow mengenai PBS 2011. Boleh kita semua baca dan mengetahui bagaimana pelaksanaan PBS ini dilakukan di sekolah.

Sila Klik Link di bawah:


Wordless Wednesday : "Proud Moment"


Monday, December 19, 2011

"Bangkit Dari Kegagalan"



p/s: Bro suka tgk reaksi muka adik Siti tu:
"Tangisan Kegembiraan+puas hati+ aku tunjukkan kpd org yg pandang rendah dgn aku."

Tuesday, December 13, 2011

Where is Your Exit?



Dracula Raven Orchid


wow.. dari nama kita sebut pn macam menakutkan.. haha sebenarnya nama ni nama sejenis bunga orkid yg mana bro gelar " DARK BEAUTY". Cantik betul ni bunga. Bro terjumpa dgn nama ni bila bro melayari gambar2 di TUMBLR bro. Sekali tengok ,huhuhu smart sbb warna bunga ni warna Hitam (bro kn suka warna hitam). jom Scroll bawah tgk cmna rupa dia :




(sumber imej: Myfotolog)

Smart kan beb... warna hitam tu... actually bunga ni ditunjukkan kepada awam semasa Expo Orkid Pasifik. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan bunga ni adalah John Leathers, ahli kelab Orkid San Francisco. Semasa dia bawa bunga ni ke Expo tu, bunga ni baru saja berkembang bbrp bulan sebelum expo ni berlangsung.

Sumber Imej; Dracula on Flickr)
Sebenarnya nama Dracula Raven Orchid ni belum Official lagi. Bunga ni merupakan kacukan daripada bunga "dracula roezlii' dan 'dracula vampira' yang berasal dari Hutan kabus Andean di Amerika Selatan.

Bunga ni amat susah untuk di 'pelihara' kerana bunga ni hanya hidup dalam suhu, kelembapan, dan kabus yg tertentu sahaja seperti yang berada di Hutan kabus Andean.

Roger n Out


Daulat tuanku!!

Daulat Tuanku. DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah merupakan Sultan pertama yang dipilih dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 bagi sesi 2011-2016. Sultan Kedah menggantikan Sultan terengganu, Tuanku Mizan yang telah berkhidmat pada 2006-2011.

Sedikit trivia *
1. Sultan Kedah ini pernah menjadi YDPA pada tahun 1970-1975 dimana Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Abdul Razak Bin haji Dato' Hussien. Kini Tunku Sultan Abdul Halim dipilih menjadi YDPA yang ke-14 pada tahun 2011, di mana anak kepada Tun Abdul Razak , Dato' Seri Mohd. Najib pula menjadi Perdana Menteri Malaysia.

2. Istana Negara Jalan Duta kini secara rasminya dibuka sebagai tempat bersemayam baru buat Yang Dipertuan Agong Malaysia bagi menggantikan Istana Negara 'lama' di Jalan Istana.

3. Sultan kedah ini merupakan Sultan tertua (84 tahun) memegang jawatan tertinggi ini. Tunku Abdul Halim mengalahkan rekod yang dipegang oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Sultan Selangor yang ketika menjadi YDPA berumur 73 Tahun.

P/S: bro pn ada drh kacukan Kedah jg so bangga dgn Penabalan Sultan Kedah menjadi YDPA hehehe..cheers.

Roger n Out

Saturday, December 10, 2011

Busy month for me!

(Source: John)
bulan Disember, bulan cuti dan perayaan, but not for me beb, haha sejak berkonvo, bro ada berkesempatan melakukan Kerja-kerja 'Office' (only a few people tau kerja apa bro buat nih haha). Kerja bagus, only doing office work like typing and something like that. So, my customer give me a few task and me has to send the task before 17 December. Task yang dia bagi tu kira banyak la yang mau ditaip. ada 4 task yang dia bagi, bro da buat 3 dan sekarang tengah buat yang keempat. haiyooooooooooooooooo.... Bro da menaip sejak tarikh Bro Konvo aritu and masih lagi menaip sampai sekarang..

Letih juga la, but berbaloi, Fulus yang bakal bro terima bukan calang2 juga, hahaha mau dekat *tetttttttt* ..hahaha lumayan gila, tapi ok la sebab bro pn da berapa malam da tidur lambat sebab menaip jaaa..hahaha, sampai bila da mengomen di facebook bun bro laju ja menaip (expert da kan ) , and slalu ada ja perkataan yang bro salah taip sbb kelajuan menaip melebihi had yang ditetapkan hahaha

Sekarang ni pun, bro tgh ambil take 5 (mana da take 5 nih..lebih da) rest n melawat blog nih..
pasni sambung la balik hahaha

Roger n Out