Copyright

(c)open since 2010

Tuesday, December 13, 2011

Daulat tuanku!!

Daulat Tuanku. DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah merupakan Sultan pertama yang dipilih dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 bagi sesi 2011-2016. Sultan Kedah menggantikan Sultan terengganu, Tuanku Mizan yang telah berkhidmat pada 2006-2011.

Sedikit trivia *
1. Sultan Kedah ini pernah menjadi YDPA pada tahun 1970-1975 dimana Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Abdul Razak Bin haji Dato' Hussien. Kini Tunku Sultan Abdul Halim dipilih menjadi YDPA yang ke-14 pada tahun 2011, di mana anak kepada Tun Abdul Razak , Dato' Seri Mohd. Najib pula menjadi Perdana Menteri Malaysia.

2. Istana Negara Jalan Duta kini secara rasminya dibuka sebagai tempat bersemayam baru buat Yang Dipertuan Agong Malaysia bagi menggantikan Istana Negara 'lama' di Jalan Istana.

3. Sultan kedah ini merupakan Sultan tertua (84 tahun) memegang jawatan tertinggi ini. Tunku Abdul Halim mengalahkan rekod yang dipegang oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Sultan Selangor yang ketika menjadi YDPA berumur 73 Tahun.

P/S: bro pn ada drh kacukan Kedah jg so bangga dgn Penabalan Sultan Kedah menjadi YDPA hehehe..cheers.

Roger n Out

No comments: