Copyright

(c)open since 2010

Sunday, January 8, 2012

Malam ini: Santapan Penamat Masterchef Malaysia


 Waa.."Santapan penamat" merupakan tagline bagi episod akhir atau Final showdown bagi Masterchef Malaysia. Malam ini merupakan malam penentuan, selepas beberapa bulan bersiaran, Malam ni merupakan malam kemuncaknya, memang sesuailah diakhiri dengan 'Santapan Penamat", kemudian menobatkan Juara pertama Masterchef Malaysia.

Sebenarnya, Malam ni merupakan episod yang di rakam kerana juaranya sudahpun dinobatkan, dan mereka masih merahsiakan siapa Juara Masterchef Malaysia itu. Namun, sudah terdengar-dengar nama juara di laman sosial facebook Masterchef Malaysia iaitu... (sila check sendiri) haha. sedikit hampa kerana ada individu yang memecahkan rahsia tersebut dan menyebabkan orang ramai mengetahui siapa juara sebelum episod terakhir disiarkan.  *sigh*
Peserta akhir yang bertanding dalam episod terakhir adalah Ezani, seorang doktor gigi yang berasal daripada kajang, Selangor menentang Wahidan, tukang kebun yang berasal daripada Sabah. Kedua-duanya diumumkan sebagai peserta akhir oleh juri yang mana turut disertai oleh Juara Masterchef Australia season 2, Adam Liaw. Siapakah yang bakal menang (walaupun da tau)..mari kita saksikan malam ini (ahad) jam 9 pm, di Astro Ria.



Sumber Imej: Masterchef Malaysia

No comments: